Saturday, 16 April 2016

South Korea Trip: Possumadventures (Part 3: Everland)

If you guys know me personally, korang sure tahu yang aku memang gila theme park. Aku sangat suka try roller coaster yang gila gila, takat dekat Genting tu sangat meeeh la untuk aku. Tapi aku tak suka naik benda slow atau pening. Macam selalunya jenis macam Crazy Wave yang tunggang terbalik tu aku tak naik, bukan sebab takut tapi aku cepat pening nanti tak dapat enjoy naik benda lain, and benda slow macam merry go round tu memang aku tak suka. Bukan sebab tak adventure tapi aku tak suka benda slow tapi tinggi hahaha, aku prefer benda laju yang heart thumping adrenaline pumping thrills gitu, laju tapi kejap je kau tak sempat fikir apa. haha. 

Enough about me, kat Korea ni ada dua main theme park iaitu Lotte Park dengan Everland. Ini actually my 2nd time in Korea so aku dah pergi Lotte World sebelum ni walaupun tak main habis sebab packed gila musim tu. So this time aku choose pergi Everland, Elya menonong je ikut tak kisah haha. Apa bezanya; Lotte World dekat sikit sebab dia kat Seoul area je and dia ade outdoor and indoor park best jugak, Everland jauh sikit dalam 2jam journey dari Seoul and dia outdoor je and besar siap ada Safari sekali, so up to korang nak decide pergi mana. Dua dua pon best bagi aku tapi aim aku kali ni nak naik roller coaster gila dekat Everland tu, penangan tengok Runningman lah ni.

Everland

From Myeongdong, stop at Chungmuro (1stop) change to Line 3 - orange, stop at Suseo station (19stops) change to Bundang Line - yellow, stop at Jeongja (9 stop), change to Everline stop at Gilheung (not in the map), exit 4 walk to Everline Station. Stop at Jondae  (last station). Go straight naik bridge.Naik free shuttle bus to Everland. (2HRS 30MINS JOURNEY)


So, kitaorang beli ticket online masa dekat Malaysia lagi sebab aku malas nak beratur beratur ni. Beli tix online save dalam hp nanti just show barcode je tak payah nak print out bagai. Kitaorang punya aim selain dari naik roller coaster and scary rides ialah nak masuk YG Hologram Show dengan Safari tapi hari kitaorang pergi Hologram tutup, frust gila kot. Elya la paling frust haha aku tak kisah sangat tapi teringin la nak try hologram concert kan, nak tengok jugak technology Korea sampai mana hebat dia luls. 

Hologram Show





Nak dijadikan cerita, dah nak 9 tahun kawan dengan Elya ni, aku tak tahu pulak dia tak berapa nak 'berani' naik scary rides hahaha sebab bila sepanjang tanya dekat Msia, semua benda aku nak buat dia iyekan je. Sekalik, sampai je sini masa aku nak naik Hurricane, dia back out. Finelah, takut pening kot (i still didnt get it masa tu hahah), lepastu aku ajak naik "Rolling Xtreme' roller coaster yang semi extreme but bearable lah, pastu sepanjang naik and turun dia senyap je, and i was like "weeeiii, asal tak jerit?? Best kooot". Rupanya dia tutup mata the whole time, bahaahahahahaahah now i get it, sorry broo but you did a good job there, agak extreme untuk orang penakut sebenarnya ride tu. haha.

Hurricane

Rolling Extreme

This is how the ride looks (google image)

Tapi pastu memang semua rides scary aku naik sorang lah cerita dia. Tapi nak ceritanya naik T-Express la, orang kata the steepest wooden roller coaster in world tapi aku dengar dah jatuh tempat kedua. The whole roller coaster is made of wood somthing like that la, so masa beratur tu kau akan dengar bunyi ketakeketaketak bunyi kayu buat chuak je haha. Beratur panjang la jugak dalam 40mins, dahla aku beratur sorang sampai mengantuk tunggu so masa naik aku cam dah tak nervous pon haha, best gila ok best gila gila sebab dah la steep gila pastu roller coaster dia jenis yang penghadang dekat pinggang je, bukan jenis tutup dari bahu. So everytime tengah turun bahagian steep punya bahagian tu rasa macam badan nak terkeluar sebab takada benda halang badan kita (get it?? get it??). Pastu aku ingat macam ada satu je bahagian tinggi tapi berlambak okay, around 3minutes dia punya ride bessssstnyaaaa weii macam tak nak habis kalau boleh. Ah best lah cite dia, a must for everyone kalau datang sini hokeh!



nailed it!!

Lepas dah release tension tu, kitaorang makan bekal jap so aku tak sure berapa ringgit la meals kat dalam ni sebab tak jenguk pon any restaurants and aku assume theme park selalu overpriced kan and nak seronok perut kena kenyang makan daging and ayam halal so makan bekal sudah haha. Masa nak masuk theme park dia tak check bag pon so boleh bawak makanan luar la kot aku assume. 

nasi putih, ayam masak kicap yeos and sambal tok peh sedap makan sejuksejuk

Settle makan, kita penuhkan kehendak Elya pulak, animal lover mana mungkin tak masuk Safari kan? Haha. Ade petting Zoo, ada Safari World dengan ada lagi satu Lost Valley tapi kitaorang tak sempat masuk Lost Valley sebab dah tutup, Binatang2 punya tempat tutup awal sikit diorang nak tidur kot, our mistake tak check benda ni so quite frustating lah sebab aku rasa bintanag kat Lost Valley tu macam best sikit dari kat Safari World. So aku cadangkan korang pergi Safari dulu lah sebab rides sampai malam pon bukak. Dia punya zoo open area punya concept, kiranya kita yang naik coaster and binatang tu berkeliaran je dalam tu. 



bersungguh nak tangkap gambar dengan bear

bear berdiri okay bukan mascot

Dah keluar Zoo, aku tetap nak suruh Elya naik any rides, takkanlah kan dah bayar mahal mahal kau masuk Zoo je baik pergi Zoo Malaysia bayar RM10 je so kitaorang naik la few rides yang comel comel, bumper car pastu elya nak naik helicap (macam ulat pusing dekat Genting tu) tapi tutup pulak, pastu kitaorang masuk Haunted Mansion. Kitaorang ingatkan tu rumah hantu tapi actually kau main tembak tembak dengan hantu dekat dalam tu hahah interesting and cute je, ingatkan scary. Oh btw, tepi haunted mansion ni ada surau untuk sembahyang.. elok sangat buat surau tepi rumah hantu -_-'



cute kan rides kitaorang naik? ;P

pintu hijau tu surau dia.

Time malam, ada parade macam biasa pastu kalau malam weekend ada fireworks skali tapi kitaorang pergi weekdays so tak merasalah. And malam cantik sebab dia macam buat gardens on light macam tu, romantik and cantik la kira tapi aku tak romantik so takde tangkap gamba kbai haha. Overall aku satisfied la pergi sini. Kalau korang naik public transport kena out by 9pm tak silap aku sebab last bus around that time, boleh check sini ;



Enjoyyy~

1 comment:

  1. uminomi : wei best gilo. tapi kolo nak gi time winter bulan 1-2 maunyer beku mulot naik roler costerr

    ReplyDelete