Sunday 19 June 2016

South Korea Trip: Possumadvantures (Part 6: Kimchi Class, Palace and Namsan Tower)

Macam tak best kan kalau kau gi sesetengah negara tu, kau just pergi POI je, xbest kan? Kalau style aku, memang aku nak go deep sikit, tak kisah la same ada aku belajar history diorang ke, belajar culture diorang ke, atleast mesti get some knowledge from there and experience yourself. So macam Korea ni, aku memang aim nak belajar buat kimchi. So macam macam jugakla aku google but end up aku ambil yang ni. Maybe a bit mahal tapi aku tengok macam selesa and dia tak rush, memang ajar betul. Ade sesetengah tempat dia ajar buat kimchi and tea ceremony so macam rush sikit la. So up to korang ya nak try mana. Banyak choice sebenarnya kalau korang google. As for this one, kalau nak join yang ni, kena hantar email buat booking dengan dia. Email dia is : kimchischool@naver.com Korang just email cakap nak join class sekian sekian date, ada available ka? Cenggitu sudah. Bayar nanti masa sampai. Ni contoh email aku dekat orang ni.



Seoul Kimchi Academy
Get out Exit 6 Myeongdong Station, turn left at Nature Republic (1st intersection), When 4th intersection, turn right. Here is the second building on right side, Woori bank -> ziozia and J hill hotel 7F, ->Seoul  KIMCHI ACADEMY .

Basicly best la belajar buat kimchi ni, memang from scratch dia ajar and boleh speak english fluently so senang nak communicate and semua ingredient korang boleh tanya, and sepanjang aku belajar memang totally guna tumbuh tumbuhan and udang kering camtu, so insya Allah tak ada issue halal tak halal kot. And the best thing, kimchi tu korang boleh bawak balik makan kat Malaysia haha.

step by step ajarnya





taraa siapp boleh pack balik Msia


dengan cikgu kitaorang

Pastu kat sini gak, korang boleh try pakai hanbok. Dia tak ada pakej kimchi sahaja so selamba la pakai hanbok terus. Cumanya maybe tak lawa la background kalau korang pakai kat palace ke apa lagi nampak suasana korea kan. Masa kitaorang datang ni tak ada orang, so kitaorang take time gila selfie and pilih baju mana kitaorang nak haha. Cikgu tu pon rajin je melayan kitaorang posing posing gedik. 





Gyeongbokgung Palace
from Myeondong Stn, tuka at Chungmuro, turun at Gyeongbokgung Stn, exit 5.

So dah habis belajar culture diorang, kitaorang pergi Gyeongbokgung Palace pulak -_-'. Haha. Hari menimba ilmu kot haritu. Saje je lah ni pergi cukup syarat tengok palace dia. Ade free English tour around kul 12p, and 3pm, so korang kena alert benda tu. Kalau tak, meronda je la sorang sorang. Kat sini pon ada free hanbok wearing tau, tapi mungkin kena queue and ade time limit sebab benda free semua orang nak haha. Siapa nak cut cost, datang sini okay. Better datang pagi, mungkin kurang orang queue plus kurang panas sikit korang nak berjalan dalam palace pakai hanbok tu.

masa dekat Train station ada gate ni



jumpa member IBM elya




makan kat taman dia pastu kena halau hahaha

Namsan Tower

stop at Myeondong Station, exit 3. Just go straight until reach Sinesage Department Store. Dont cross the road! turn left until you see Namsan Cable Car lift.

So last sekali, barulah kitaorang gi Namsam Tower. Nak pergi sini macam macam kaedah ada, naik bas boleh, naik cable car boleh, nak jalan kaki pon boleh. Ni ala ala Menara KL la tapi kitaorang tak naik menara pon, tu kena bayar. Kitaorang jalan jalan area situ ambik angin tengok view Korea siang and malam je. Actually masa first time aku pergi sini tahun 2009 dulu, aku ada lock kan mangga aku dekat sini, so masa pergi March haritu aku cubalah cari balik ... memang nan hado laaa dah nak 6tahun aku lock kat situ, berkarat habis semua. Masa aku pergi dulu siap bole lock kat wire lagi sekarang dah nak macam roboh area situ orang lock mangga masing masing haha. So biarlah kenangan jadi kenangan je.



view sunset lawaa

Ok, tamat sudah cerita harian aku sepanjang kat korea. Sebenarnya kitaorang ada pergi tengok Nantra Performance (cooking musical show) (RECOMMENDED), pastu shopping kat Nandaemon jalan jalan kat traditional market dia, pastu lepak Hangang River (INI PON SANGAT DIRECOMMEND), Ewha University tapi dah macam malas la nak update cerita gi Korea ni hahaha. Tapi nanti aku update pasal foods and expenses for last entry. Totally dah tak ada mood sebenarnya hahahah tapi for future reference jugak ni kot kot nak pegi lagi ke kan? Harap2 ade la info korang boleh guna jugak from sini. Enjoy~


Saturday 14 May 2016

South Korea Trip: Possumadvantures (Part 5: KPOP tribute)

Honest confession untuk yang tak kenal aku, actually aku since 2007 dah terjebak dengan Kpop ni haha. Zaman umur 18tahun tengah belajar medic dah kenal Super Junior, BigBang, Shinhwa semua ni. Hari2 tengok mv, tunggu release date album, pergi concert takyah cerita la sampai ke Thailand pon sanggup, every week tengok weekly music bank, music core and inkigayo, semua jenis variety show dah tengok.

So fast forward to 2016, almost 10 tahun dah la kan, idols pon dah makin berlambak lambak, so feeling tu dah kurang sikit, dah tak heksaited sangat dari dulu. Atau nama lain, komitmen hidup dah berubah hahahah. Still layan latest songs, still tahu name idols tapi nak kenal sorang sorang members memang dah tak la. Kiranya kalau ikut hierarchy dalam SMTOWN, aku stop kenal member idols sampai f(x) je, cenggitu la lebih kurang.

Tapi dah alang alang sampai sini, takkan lah tak pergi jenguk kot tempat oppa oppa yang menyinari hidup sepanjang zaman belajar sampai boleh grad tu kan? Luls. So, aku decided nak pegi SM Coex, sesuai untuk SM stan macam aku. Aku rasa memang dah jadi salah satu POI kot sebab siap train station keluar je terus sampai kat situ, so very reachable la.

SMTown Coex

From Myeondong, Go to Sadang Station (9 stop). Change to Line 2 - green, stop at Samseong, exit 6.

Tapi nak jadi cerita, masa kitaorang pegi ada audition pulak so most of the attraction dia tutup sampai pukul 12pm and kitaorang dah ada benda lain plan nak buat on that day, so i didnt go to each of the tempatla dalam tu macam tangkap gambar dengan SM artist and aku tak join Dance Studio Tour dia. Tapi aku tak rasa frustrated langsung, nampak sangat dah veteren haha, so layan gambar je la k.
 
Nak masuk pon dah beratur panjang -_-'

dinding dinding 

 
dinding dinding SNSD  


pandai buat bisnes, popcorn Super Junior

Exo and FX pon ade

my ONLY biased for 10years, Lee Donghae

depan Smtown Studio, tour kena booked awal awal

depan cafe diorang, meja banyak diorang conteng2 

original exo punya locker guna zaman trainee

K-Live, K-Pop Hologram Performance Hall

Get off at Dongdaemun History and Culture Park Station (Seoul Subway Line 2, 4, 5), Exit 11 or 12).
9th floor of Lotte FITIN (dalam mall)
 
Tak banyak activity buat sebab macam aku cakap tadi, ada banyak area tutup sebab ade audition haritu. So kita layan tempat lain which is for YG stan pulak. Si Elya ni sejak setahun dua tahun ni je baru gila Kpop, so layan la sekali. Aku membesar dengar lagu BigBang gak cuma tak pernah nak jadi fans je haha. Mostly apa yang YG buat ni ada je dekat SMtown (if you want a clear picture of what SMTowx offers) cuma SMCoex memang totally besar gila la and have more to offers macam tour and all, YG macam rent a space dekat mall je. Actually YG dah collabarate dengan Everland untuk hologram concert semua, tapi masa kitaorang pegi dia tutup, so kena satisfied kan peminat Bigbang ni, dia baru dua tahun masih heksaited kang nangis meroyan kang, aku faham i've been there ahahahaha.




hall of fame Bigbang


layan Hologram concert dia

selamba la Elyaaa

this is how Hologram concert work

Actually best jugak la experience the Hologram concert, memang lah tak sebest gi concert real, tapi real jugak la. Concert yang kitaorang tengok haruslah Bigbang and ade Psy skali. Ade timing dia for artist lain so pandai pandai korang check dulu. Pastu ada jugak photo booth, yang korang masuk dalam tu pose dengan artist YG, pon real gak haha. Aku beli lah jugak memandangkan photo booth SMtown tutup haritu. 

So itu jelah kot benda Kpop yang aku pergi, kalau zaman dulu maybe aku akan gi Sukira, join Music Bank semua tapi sekarang ini pon dah cukup. Kalau pasni kot kot dah tak minat Kpop pon, no regrets dag kot. haha matured gak aku akhirnya. Luls.

Saturday 30 April 2016

South Korea Trip: Possumadvantures (Part 4: Gimyeujong Railbike & Nami Island)

Okay, mari gagahkan diri habiskan tulis cerita ke Seoul ni, next week dah nak chalo tempat lain dah kang lagi basi cerita haha. Harini tema perjalanan feeling feeling romantik sikit walaupon pergi dengan member perempuan takde keje. Harini punya perjalanan 100% disettlekan oleh Elya, how to go and all.

Ginyeujong Railbike

from myeondong take line 4 (lite blue) go to dongdaemon hsitory & culture park, then take line 5 (purple) go to wangsimni, then take line gyeongoi jungang to mangu, then change to line gyeongchun stop at gimyujeong station, exit 1, then only 5 mins walk to rail bike from gimyujeong station

Firstly, dinasihatkan keluar awal whatever or where ever korang stay (Seoul area), it tooks around 3hours and banyak tukar station. Kitaorang dah booking online ticket naik railbike tu pukul 10am (book here: http://funtastickorea.com/shop/gangchon-rail-bike-reservation/), and kena sampai sana 30mins awal. Nak dijadikan cerita, disebabkan semalam pergi theme park, pagi tu kitaorang terbabas tidur keluar hostel lambat gila. Kelam kabut gila pastu best lagi on the way dalam subway tu, subway problem wuuuuhhhuuuuuu terbaiik, dengan selambanya kitaorang keluar dari subway pastu naik bas halfway pastu turun balik tukar station subway, haa masa macam ni la korang perlukan gila apps2 yang aku sebut dalam Part 1 tu. Before ni aku pernah baca dalam facebook, orang cakap kalau kat Jepon subway diorang very efficient and its a rare care subway dorang problem and if its happen, diorang akan bagi notice yang korang boleh pass dekat boss korang cakap memang salah subway and even the conductor akan datang mintak maaf. Well, dekat Korea pon ada jugak, masa subway ni problem kitaorang keluar dari situ diorang pass notice tu kat aku skali, tapi aku xsempat tangkap gamba sebab tengah berkejar cari optional way nak pergi Ginyeujong ni hahaha tapi takdela sampai conductor dia mintak maaf.

Suhu hari tu memang suruh kitaorang tido jee 

Ade orang tu still tak cukup tidoor -_-'

So pendek cerita, selamat lah jugak sampai sini. Pastu dengan muka tembok selamba pergi kat counter ticket tu cakap kitaorang missed our reservation boleh tak change to next schedule. Railbike ni every one hour so kalau kau lambat kau kene amik next trip, and dalam ticket tu dah cakap tak akan refund or change kalau lambat but might try if you are foreigner. hahahaha, And nasib baik akak counter kasi change to next trip tanpa bayar apa apa walaupun muka ketat gila. 

Railbike ni just korang paddle benda tu sambil layan scenery, quite penat jugak la sebenarnya tapi since its winter so sejuk je takdela sampai berpeluh. Die akan masuk tunnel and dalam tunnel tu akan pasang lagu lagu (ah kalau korang tengok Runningman, korang tahu la tempat ni). For me, worth it la jugak sebab kita takde benda ni kat Malaysia kan, so might as well try it. Scenery must be soo lawa kalau musim autumn aku rasa. Paddle around 1.5hour then korang akan reach the destination boleh beli Topokki or snack food kat situ and ade view lawaaaa pastu untuk patah balik ke our initial destination akan naik train dia (tak payah paddle dah) and free shuttle to main station terus. 


lawa gila Station subway kat sini



ni view dekat final destination tu, cantik aann

train mase balik, makan topokki panas panas dappnye


Nami Island

need to take subway to gapyeong station (only 4 stops from gimyujeong). from Gapyeong Station to nami island;
a) taxi trip (KRW3000-4000) to ferry wharf
b) bus trip (2 options)
- option 1; intra-city bus (KRW1,300) - 3 stops to nami island ferry (frequency 40mins - 1h)
- option 2; Gapyeong city tour bus (KRW 6,000) 


So lepas dah habis kat situ, kitaorang pergi Nami Island pulak. Actually masa on the way dari Seoul ke Gimyeujong tu korang dah lalu dah station untuk ke Nami Island ni, so umpama patah balik je la sikit. A bit tips on Nami Island ni, aku rasa better korang naik Gapyeong City Tour Bus instead of naik bus biasa2 (dua2 akan berhenti dekat Nami Island punya ferry terminal), sebabnya kalau korang naik City Tour Bus dia akan pegi ke Petite France and The Garden of MorningClam. Petite France is like Bukit Tinggi tu ala ala France punya town, and Gardens tu lawa la bunga bunga and lampu something like that. Ok the trick is korang tak boleh spend lama sangat dekat Nami Island kalau tak korang very rush. Dalam Tour Bus tu punya route, dia akan berhenti jugak dekat salah satu railbike punya area, aku tanya Elya kenapa kita tak naik sini je die cakap die baca review view die tak lawa macam tempat kitaorang pergi. So up to you all, kalau nak save time and get all the experiences in all places, better korang dari pagi terus datang sini and habiskan masa guna Gapyeong City Tour Bus je. Sebab kitaorang tak pergi pon Petite France and Gardens tu sebab tak cukup masa, Petite France tutup by 7pm, so tak sempat tapi kitaorang tak eager pon nak pergi sana, boleh usha this blog jugak for reference;



Gapyeong City Tour Bus

Actually Nami Island memang macam semua orang pergi kan? Cantik tu cantiklah sebab pokok semua kan, and since aku pon pernah tengok cerita Winter Sonata so aku pergi lah tapi orang yang tak tengok pon dia pegi jugak sini haha tapi diorang takkan faham la kenapa ade port camni nape ade port camtu. Kalau pergi dengan couple, sini memang romantik la bagi aku. Aku selalu pikir Korea ni memang banyak sangat tempat untuk couple pergi haha sebab semua cantik romantik je. Tapi motif aku and Elya haruslah sebab makanan je hahah. Kitaorang nak try dosirak kat sini and dekat sini jugak ada Halal Authentic Food tapi kitaorang tak makan situ. Oh lupe nak cerita, kat sini siapa nak naik zipwire pon ada, aku nak gila gila gila actually tapi Elya tak nak, so aku fikir kalau aku naik sorang nanti nak jumpa Elya dekat mana once reach there? tapi actually tempat tu kecik je huwaa apesal la aku pikir camtu. So tips again, please do the zipwire, and kalau kawan korang tak nak, cakap "once aku sampai sana, aku jumpa kau depan ferry je, kau tunggu je depan ferry tu." Haha. And bungy jumping pon ada, itu pon aku nak gak haihhh semua benda nak, actually i bought extra money sebab nak buat this things tapi tak buat pon -_-'. Sebab dulu aku buat bungee dekat New Zealand tak cecah air punya, dia terjun and naik balik. Ni bungee yang kau terjun then boat ambik dari bawah, different kind which i should do that. haha.


tengah tunggu ferry

the bungee jump

i just really cant pose nicely -_-', bile nak berubah ni






Nanti bila sampai sini, korang akan nampak Asean Restaurant Halal, so kalau datang dengan parents ke family boleh la bawak diorang sini try makanan Korea, nasi goreng camtu ada gak kalau jenis tekak nak makanan melayu je, so datang sini aku suggest tak payah la bawak lunch pack bagai, insya allah makan settle.  Dekat sini gak ada tempat solat and toilet berpaip haha, itu penting. Tapi as kalau korang jenis nak try more 'Korean food' yang selalu kite tengok dalam drama, korang boleh try dorisak, hot lunch box goncang. Kedai ni belakang je dari Asian Cuisine kadang kadang korang boleh termiss so tengok elok elok. Just to inform, kedai tu takdelah tulis Halal tapi the ingredient ialah nasi kosong, kimchi and telur sahaja. Kalau korang nak add on cheese and tuna pon boleh. So kitaorang memang aim makan sini, korang kena shake box tu kaw kaw bagi die blend in (dia provide sarung tangan sebab lunch box tu panas) then taraaa makan. Aku sukaaaa sebab dia ala ala macam kat Msia kita makan nasi bujang la, nasi telur kicap, tapi dorang tukar kimchi haha. Kadang2 lauk simple camni sedap kan! Btw ada satu lagi kedai halal kat area Nami Island ni, pon menarik gak tapi kena ambik taxi pergi situ nanti aku cerita dalam post foods nanti.

Halal Food here

surau tepi restaurant

cari sign board ni belakang Asean Cuisine tu, then nampak kedai dorisak

Kesungguhan goncang ini yang kita mahukan.

Bangga flag Msia ada kat situu..

Dalam whole day jugak lepak sana, so malam just jalan jalan kat Myeondong and makan odeng alas perut nak tidor je. Btw, Myeondong a bit pricey tau even kedai yang sama, let say aku nak beli character facial mask kat Nature Republic kat Myeongdong jual 30,000won tapi aku boleh dapatkan the same thing at same Nature Republic tapi dekat tempat lain dengan harga 10,000won, serius tak paham macam mana diorang punya pricing strategy -_-'. Tapi barang branded semua mostly kat sini lah, so must be a heaven place for shopaholic.  Kat sini gak, kitaorang jumpa the only shop jual kosmetik dapat JAKIM punya Halal! JAKIM HOKEH JAKIM MALAYSIA TUU!!! Kau nampak tak betape bagusnya Business diorang, Korea kan famous dengan kosmestik so diorang decide to make it halal as their competitive strategy, weii sumpah aku kagum even kat Msia pon takde pon kosmestik halal, semua self proclaimed halal je. Kenapa la kita tak pernah nak fikir all those kind of opportunities eh? Hmmm kbai.

Myeondong street

makan odeng

Nah kawan2, aku beli souvenior korang semua halal dont worry;P



the first hokeh.

kat bekas pon nak taruk logo halal tu..

K, jumpa next post entah bila nak sambung ni haha.