Friday, 29 June 2018

Solo Trip

Well, actually this is not my first solo trip pon. My first solo trip was to Singapore, i went there to watch Wanna One concert just by myself. Itupon impromptu habis. Sebab tibatiba organizer tambah additional seat kat concert tu, so on Friday dekat office, beli ticket concert, tiket bus, book hostel pastu balik rumah baru mintak permission parents haahahahha. Takdehalll Sabtu pagi terus gerak.

But this one kiranya solo trip yang jauh sikit lah. Asia je lah tapi nya. Member aku ada yang tanya apsal tak gi europe ke sebab aku cuti panjang. Hmmm alkisahnya kalau kawan kawan aku diorang semua tahu lah, walaupun aku nampak cam a bit slalu travel tapi sebenarnya aku ni takut gila naik kapal terbang. Takut since tahun MH17 MH370 punya kes tu lah, walaupun takde kaitan sangat dengan aku tapi entahlah pehal trauma sensorang -_-'. Macam kalau haritu pergi Germany tu pon 12 jam flight, 12 jam aku dengar Al Quran je dalam flight tu padahal belambak channel hahaha.  


So untuk trip kali ni, aku pilih gi Jeju je lah. Contemplating between Hokaido or Jeju (both tempat tak pernah pegi lagi), tapi last last pilih Jeju sebabb .... choices of foods and familiar environment? echheeeehhh pannggg kang.

what i ate in Jeju

Tapi nak dijadikan cerita banyak masalah pulak before nak pergi time tu, macam hint2 je suruh cancel. First is aku memang tak semangat langsung, aku tak siapkan itinerary aku pon padahal dah la Jeju tu bukan senang nak commute sebab takde subway semua, tapi aku cam whatever je lah. Pastu disebabkan perangai whateverrrr aku tu, aku terlupa check aku punya passport. Jeng jeng jeng.... Sehari sebelum raya baru aku check passport aku sekalikkkkk expired (tak cukup 6months before fly date) hambiiikkk berlarii bekejaran aku pegi imigresen tapi imigresen tutup sampai hari raya ke 4 which is date patut aku fly. Hmmmmmm...

Time tu tak payah cakap la badmud aku camne haha, raya pon rasa cam tak nak raya. So kesudahannya aku tepakse beli tiket one way baru (raya ke5). Raya ke4 kelam kabut la gi renew passport pastu beli tiket flight baru. Harga pon kira menangis je laahh dah beli a day before kan. Terima je lah.

Tapi bila dah sampai sana tu, seronok je wei. Serius aku tak sangka aku akan seronok gak cuti sorang, i mean best sebab kau boleh pergi ikut kepala kau je and ikut time kau. Nak stay one place kejap gila boleh, nak stay lame gile boleh, nak duduk layan perasaan lama lama boleh, and alhamdulillah la aku tak rasa pon macam sunyi je ke apa, sebab maybe dah biasa kot kat KL pon aku slalu jalan sorang sorang, makan sorang sorang, so aku tak rasa awkward langsung and aku memang jenis tak ambik tahu hal orang so aku tak tahu lah kalau ada orang judge aku apehal minah ni sorang2 ke? apsal die dok setup gopro bersungguh sungguh sorang ke hahah sebab aku memang dah lama jadi ignorance camtu so tak perasan pon orang keliling.

cam bese aku mls edit gamba..

Sampaiiilahhh hari ke4, aku sesak nafas demam panas gila pulak kat sana. Masya Allahhhhh musibatttt sungguh trip kali ni hahaha. Haaaa time tu baru lah cam.."i need someoneee", "camee nii?? camnee kalau mati kat sini?" hahahah. Nangis nangis haa whatsapp Kak Amy kat German sebab aku sesak nafas pukul 3pagi korea, 2pagi waktu Msia so German je siang time tu. Aku ade inhaler tapi aku tak reti guna sebab kalau kat Msia, aku sesak nafas camtu aku terus gi klinik depan rumah amik neb. So, dua hari yang terakhir tu aku tak pergi mana mana melepet dalam hotel je siap nak turun beli makanan kat kedai bawah pon rasa nak nangis tak larat tapi lapar punya pasal and takut mati punya pasal haha gagah je la turun beli porridge abalone kat convenience store bawah. Mission adalah nak sihat je time tu sebab takut nanti nak gi airport pon tak larat. Keciwaaa gak la sebab dah plan nak gi Udo Island and Sikbang amende ntah tapi takpela, health comes first.

Kiranya solo trip ni kira okayla untuk aku. short but meaningfull. It teaches me to become more flexible, more laid back, and more strong? Kalau before ni, aku sure paling susah hati kalau itinerary tak siap, tertinggal barang lah, pastu kalau sakit kaki pon aku dah risau. Tapi hambek kau kali ni, barang xyah cakap la, mount gopro takde lah, makeup tetinggal lah, strepsil tinggal lah, pastu sesak nafas sekali dapat satu pakej. Tapi Alhamdulillah survived je. Allah is with you, dont worry. :)

Hmm so okeylah pasni boleh gi Antartika terus dah, lets go. lol.


Wednesday, 11 April 2018

When you give up with your work, you quit the job
When you give up with your study,  you quit the course
When you give up with your partner, you left them
But
What if you give up with yourself, your life?
What would you do then?


I strongly believe every problem have a solution.
But seems like i cant find the right solution for the last problem.


Wednesday, 21 February 2018

End Year trip, 2017.

Aku jenis sangat jarang shopping barang, kalau aku shopping tu maknanya memang aku perlukan lah tu. And kadang kadang once aku dah shopping tu, barang aku beli tu a bit mahal sebab aku nak pakai lama. Like memang lama nak mati. Macam contoh, aku pakai jam tangan aku dari tahun 2011 sampai sekarang 2018 ilek tak tukar pon walaupon dah tak up to date. Baju baju pon selagi aku tak bertambah gemuk, memang baju yang sama la aku pakai sampai dah lunyai. 

Tapi nak ceritanya bukan pasal habit shopping, tapi nak ceritanya sebab orang asyik cakap aku ni asyik gi cuti je. Aku takde kaya mana eh tumbuk kang, yang berduit tu mak ayah aku. Aku ni hidup makan gaji macam semua orang jugak. Kalau aku pergi cuti ngan kawan kawan, nak bitaunya aku cuti tu pakai duit gaji yang tak gerak gerak tu lah. Sebab macam aku cakap, aku tak shopping. Aku tak abis bulan je gi shopping, paling lekeh aku gi makan sedap je. Dan Alhamdulillah aku dok ngan parents, so aku jimat bahagian beli barang groceries. Nikmat duniawi tuhan bagi kat aku, aku terima dengan syukurnya part tu. 

Every month lepas tolak semua monthly bills/loan, duit tuk mama papa, and saving 50%. Aku memang guna duit tu gi cuti. Tapi cuti yang simple simple, dekat dekat and haruslah berbudget. Aku rasa aku jarang sangat pergi cuti duduk hotel mewah ke apa. Sebab aku balik hotel untuk tidur and mandi je, korang dah kahwin kenala duk hotel best sikit sebab lama nak dok dalam hotel tu eehhh, aku takde makne janji ada aircond and katil empuk sikit dah ok. Bangun gosok gigi, mandi chalo. Kalau nak melepek main wifi sampai petang, takyah gi cuti lah. Booooo.. haha. So camtuh la cara aku pergi becuti, tak payah membawang cakap aku pakai duit mak ayah eh. Pang sekali kang. 

So akhir tahun lepas, aku decide untuk tukar kerja baru and aku ada gap cuti seminggu. So apaalagiiiii, terus berdesup message sape2 free nak follow kalau tak nak follow kita gerak solo; anddd taraaaaa sampailahhh ke Koh Lipe, Thailand.

aku pergi 4 hari 3malam, and Koh Lipe sangat kecik. Aku rasa aku khatam pusing satu Koh Lipe tu, dari Sunrise Beach ke Sunset Beach ke apa semua aku cover. Aku memang niat pergi nak jalan jalan bodoh je release tension, people watching gitu je so i dont expect anything pon lah.

Tapi sadly to say, aku rasa Malaysia punya island berganda gandalah cantiknya. Even snorkeling pon biasa biasa je lah, nothing impressive pon sepanjang kat sana bagi aku. So kalau rasa ada niat nak honeymoon kat situ, aku rasa cam tak payah lah. hahaha.

Tapi ape ape hal pon, kita share lah sikit gambar sepanjang kat sana.












So camtulah kisah ke Koh Lipe haritu, tak tahu lah nape lately ni asyik suka gi Pulau je. Dah tak kisah la sunburn ke apa, dulu aku tak suka gi Pulau sebab rasa boring skang ni rasa cam nak try jejak semua Pulau kat semua tempat pulak.. acahhhh. Perangai orang dah tua sangat ni.... kbai.

Friday, 1 September 2017

My paragliding experience.


Usually, kalau plan nak pergi travel mana mana, i will look for a place yang boleh buat lot of activities instead of just tengok nature jalan jalan bodoo camtu. Tapi kalau pergi cuti dengan mama papa, memang kena pegi yang laid back punya trip, tempat tempat yang boleh guna kereta and banyak sight seeing sebab tak nak diorang penat. So Switzerland memang sesuai sangat lah, dahlah cantik gilaaaaa memang relaxing gila rasa trip ni, lagipun kalau pegi ngan kawan kawan mau tidur tepi jalan je hahaha sebab sini everythings are sooo expensive lol.

On serious note, serius Switzerland lawaa gila gila gilaaaa wehh. Before ni kalau orang tanya aku, dalam banyak banyak negara aku pergi mana paling lawa, aku akan jawab New Zealand. Tapi kalau sekarang orang tanya, aku akan jawab Switzerland. Camnee weeehhh kat mana mana kau lalu jalan tengah menghijauu pon dekat belakang tu kau boleh nampakk gunung bersalji. Lawaaa serius lawa! Sebijik macam gambar wallpaper kau selalu tengok kat pc, dah lah town veryyy clean lepastu udara masya Allah mahaa segarrrr. Nak pindaahhhh sitttuu je rasa!


So dekat sana selain pergi Zurich, tempat bank PakJib letak duit kepuk kepuk situ, kitaorang pergi Mr Pilus, look out point. Situ sejuk sikitlah pastu kat situ kalau korang nak buat paragliding pon boleh tapi mahal sikit, view dari situ kira nampak salji and mt view lah. Cool gak actually. Lepastu kitaorang pegi Harder Kulm, pon tempat look out point jugak. Berbaloi pegi both wehh sebab scenery dia lain lain.

Mt Pilus

Harder Kulm

Other than that, harus pergi ialah Lucern Town weh. Aku taktau kenapa dalam banyak banyak tempat kat Switz tu, aku suka sangat sini. Sebab dia macam old town but not like typical old town with those gothic building macam tu, lepastu dekat belakang tu ada Mount view bersalji jugak lepastu dia sunyii sangat bestnyaaaa tenang je rasa. Kitaorang tak buat apa pon situ, just jalan jalan pastu minum Starbucks je sebab chilly gila weather haritu.

Lucern


Lake depan our airbnb

But the highlight of the trip haruslah the paragliding experience. Actually dari Malaysia lagi aku dah cakap dekat parents aku, aku nak buat skydiving at whatever cost it is, ambooiiih cakap macam keluar duit poket sendiri tuh & my parents tak kisah pon sebab they know what i like pon. Tapi silap ialah aku tak book from Malaysia, kalau dah book from Msia (like what i did mase bungee jumping kt NZ), once sampai sana kau tengoklah cuak camne pon kau dah xboleh nak back off sebab dah bayar. haha tapi this time, sampai sana kau tengok macam macam pulak tengok harga mahal gila lak, terus tukaar buat paragliding je haha

Tapi still worth it lah, view dia mengancam wehh, tengok dari look out pon dah ngancam, cuba bayang kalau tengok dari udara camne pulak. Tapi taktahu lah sebab faktor umur ke apa, aku quite nervous masa nak buat ni, dulu bungee aku excited tak sabar sabar nak terjun, but this time aku sabarr je haha. Once bayar, dia bawak naik bukit guna van so i was alone that time without the families so aku macam ohemge ohemgee gila dalam hati cuak.

Actually ade incident berlaku dekat atas bukit tu. Nak terbang ni, masa dari atas bukit kau kena lari lari then dengan harapan payung tu akan terbangkan kita. Ok masa turn aku, mamat guider tu choose nak pergi last sekali, so means kitaorang akan berlari paling jauh sekali sebelum terbang, get it get it? So by the time our time, semua orang dah terbang dulu. Masa kitaorang dah lari lari tuu sikittttttt je lagi kaki dah tak nak cecah rumput, mamat guider tu stop kan momentum kitaorang sebab die perasan tali aku tak pasang betul. wwwhhhhaatttt theeee sungguhhh kan?????? Pehhhh gilaaa time tu rasa, nasib baik tak terbang lagi. Since we are the last one, so no one nampak tali aku tak pasang elok, and actually my guider tu the best guider among all kat situ, dia siap pernah masuk pertandingan paragliding worldwide lagi sebab tu siapa dapat dia, memang kene terbang last sebab dia macam ketua la kat situ checkkan orang lain.

So bila dah 2nd time nak terbang tu, haruslaa aku makin cuak kan. Sekali drop jatuh memang gone lah weh time tu. Ni tinggi gila bukan acah acah macam naik Broga je ketinggian dia. Tapi Alhamdulillah semua okayy je, aku siap rasa boring dekat atas tu lepas 5minit camtu hahaha. Siap borak borak je ngan dia, hamboiih atas udara kau borak borak, bukan main.

We are the last one to fly.

Oklah, good experience but i still want to try skydiving one day

Before balik dari Switzerland, kitaorang singgah Rheinfalls pulak. Masya Allah ni pon satu tempat lawa gilaa, aku rasa kalah Niagara Falls, Canada. Rheinfalls ni nak kata dia Switzerland pon tak jugak, die ade kat tengah tengah 6 buah negara actually, aku pon dah tak ingat apa haha. But make sure singgah lahhh, lawa sungguh-sungguh. 

Rheinfalls.

Memang trip Switzerland ni paling aku suka for the year of 2016! .

Wednesday, 30 August 2017

Trying to get sweat in Fuji, Japan

I like Fuji area, a small quiet town with a nature and at the same time there's a lot of crazy roller coasters at the same place haha, how cool is that? You can see the Mt Fuji while you're screaming on the ride. Cooool kott. But for this time, i skipped the FujiQ Theme Park because we already went to USJ and Disneysea, but Nuyul was dissapointed i think. Tu laa masa dekat Malaysia aku tanya nak ke pegi korang cakap banyak sangat dah theme park dah sampai tengok walaaweeehh best gila baru nyesal :P. A quick tips is if you have time, spend one day at Fuji Q and one and a half days for sightseeing. Worth the trip!

So why i decided to post this entry is because it was a different trip from my first trip in 2014. Back then, we just went to Kachi Ropeway, FujiQ and Shibazuka festival. This time, aside from Shibazakura, we went cycling, caving & trekking nasib baik tak hike the Mt Fuji je aku rasa. It is more like an impromptu activities as my initial plan was to just relax, enjoying the nature after a tiring days in Osaka/Kyoto and Tokyo for the next days.

Layan makan tako, chestnut, ice cream flavour sakura sejuk sejuk camni.

Shibazakura never disappoint me

Lunch - Tempura seafood & veggie
Our hostel for that night - bilik Nobita

tetappp makanan paling sedap bila travel haha

Btw, train dekat Fuji can use the ICOCA/PASMO/SUICA also so no problem in terms of transportation. But the next morning, kitaorang saje rent bicycle jalan jalan along the Kawaguchi Lake acah acah jadi local lah padahal lama gila dah tak cycling lepastu kelam kabut nak navigate dekat negara orang haha.

Then lepastu kitaorang decided nak caving dekat Ice Cave and Wind Cave. Nasib baik jugak lah sorang sorang dah bawak jaket. The cool thing nya ialah the Ice Cave tu is nature-built. Means, because of lava eruption something something then dia jadi ice dekat bawah tu. hahaha simple gile aku explain. Means bukannya manusia buat jadi ala ala macam dalam i-city semua lah. Caving tooks like 20mins je as it quite slippery sebab tu jalan slow slow, otherwise boleh je keluar masuk in 10mins.

products they made inside the wind cave

Ok yang bestnya kan, from the ice cave to wind cave, you can either go by bus (at the main road), or jalan kaki around 20mins or you can trekking inside the forest behind the ice cave. We actually dont know about the existence of the forest lepastu mamat dekat jual ticket Ice cave tu la suggest pegi ikut forest tu, dia kata very nice la ape lah. So okayy la kitaorang masuk je.

But what we actually dont know is ... the forest was actually a famous forest called Aokigahara. it is a Suicide Forest, memang beribu ribu orang jadikan forest tu hot spot untuk bunuh diri. It becomes so famous sampaikan the authorities dah takkan publishkan whoever died in here sebab dah terlampau banyak. Siap dalam tu ade board macam cakap' dont kill yourself", 'remember your family' etc etc tapi all in kanji font so kitaorang memang tak faham lah haha. It even been label as one of the scariest places in the world. wtf?

Dah balik Malaysia baru kitaorang tau pasal forest tu hahaha. Orang lain siap cakap cam sunyii, creepy, eerie kind of feeling and rasa nak cepat cepat keluar bila lalu situ padahal kitaorang lalu siap makan pisang, makan jajan, pastu berhenti shooting tangkap gambar bagai, siap borak ni kalau nak berlakon cite Twilight cantik nii dalam ni hahaha. The beauty of ignorance, guys! lol


Ok, nasib baik tak ada gambar makhluk lain kat dalam ni. Dah bai.