Okay, mari gagahkan diri habiskan tulis cerita ke Seoul ni, next week dah nak chalo tempat lain dah kang lagi basi cerita haha. Harini tema perjalanan feeling feeling romantik sikit walaupon pergi dengan member perempuan takde keje. Harini punya perjalanan 100% disettlekan oleh Elya, how to go and all.
Ginyeujong Railbike
from myeondong take line 4 (lite blue) go to dongdaemon hsitory & culture park, then take line 5 (purple) go to wangsimni, then take line gyeongoi jungang to mangu, then change to line gyeongchun stop at gimyujeong station, exit 1, then only 5 mins walk to rail bike from gimyujeong station
Firstly, dinasihatkan keluar awal whatever or where ever korang stay (Seoul area), it tooks around 3hours and banyak tukar station. Kitaorang dah booking online ticket naik railbike tu pukul 10am (book here:
http://funtastickorea.com/shop/gangchon-rail-bike-reservation/), and kena sampai sana 30mins awal. Nak dijadikan cerita, disebabkan semalam pergi theme park, pagi tu kitaorang terbabas tidur keluar hostel lambat gila. Kelam kabut gila pastu best lagi on the way dalam subway tu, subway problem wuuuuhhhuuuuuu terbaiik, dengan selambanya kitaorang keluar dari subway pastu naik bas halfway pastu turun balik tukar station subway, haa masa macam ni la korang perlukan gila apps2 yang aku sebut dalam Part 1 tu. Before ni aku pernah baca dalam facebook, orang cakap kalau kat Jepon subway diorang very efficient and its a rare care subway dorang problem and if its happen, diorang akan bagi notice yang korang boleh pass dekat boss korang cakap memang salah subway and even the conductor akan datang mintak maaf. Well, dekat Korea pon ada jugak, masa subway ni problem kitaorang keluar dari situ diorang pass notice tu kat aku skali, tapi aku xsempat tangkap gamba sebab tengah berkejar cari optional way nak pergi Ginyeujong ni hahaha tapi takdela sampai conductor dia mintak maaf.
Suhu hari tu memang suruh kitaorang tido jee
Ade orang tu still tak cukup tidoor -_-'
So pendek cerita, selamat lah jugak sampai sini. Pastu dengan muka tembok selamba pergi kat counter ticket tu cakap kitaorang missed our reservation boleh tak change to next schedule. Railbike ni every one hour so kalau kau lambat kau kene amik next trip, and dalam ticket tu dah cakap tak akan refund or change kalau lambat but might try if you are foreigner. hahahaha, And nasib baik akak counter kasi change to next trip tanpa bayar apa apa walaupun muka ketat gila.
Railbike ni just korang paddle benda tu sambil layan scenery, quite penat jugak la sebenarnya tapi since its winter so sejuk je takdela sampai berpeluh. Die akan masuk tunnel and dalam tunnel tu akan pasang lagu lagu (ah kalau korang tengok Runningman, korang tahu la tempat ni). For me, worth it la jugak sebab kita takde benda ni kat Malaysia kan, so might as well try it. Scenery must be soo lawa kalau musim autumn aku rasa. Paddle around 1.5hour then korang akan reach the destination boleh beli Topokki or snack food kat situ and ade view lawaaaa pastu untuk patah balik ke our initial destination akan naik train dia (tak payah paddle dah) and free shuttle to main station terus.
lawa gila Station subway kat sini
ni view dekat final destination tu, cantik aann
train mase balik, makan topokki panas panas dappnye
Nami Island
need to take subway to gapyeong station (only 4 stops from gimyujeong). from Gapyeong Station to nami island;
a) taxi trip (KRW3000-4000) to ferry wharf
b) bus trip (2 options)
- option 1; intra-city bus (KRW1,300) - 3 stops to nami island ferry (frequency 40mins - 1h)
- option 2; Gapyeong city tour bus (KRW 6,000)
So lepas dah habis kat situ, kitaorang pergi Nami Island pulak. Actually masa on the way dari Seoul ke Gimyeujong tu korang dah lalu dah station untuk ke Nami Island ni, so umpama patah balik je la sikit. A bit tips on Nami Island ni, aku rasa better korang naik Gapyeong City Tour Bus instead of naik bus biasa2 (dua2 akan berhenti dekat Nami Island punya ferry terminal), sebabnya kalau korang naik City Tour Bus dia akan pegi ke Petite France and The Garden of MorningClam. Petite France is like Bukit Tinggi tu ala ala France punya town, and Gardens tu lawa la bunga bunga and lampu something like that. Ok the trick is korang tak boleh spend lama sangat dekat Nami Island kalau tak korang very rush. Dalam Tour Bus tu punya route, dia akan berhenti jugak dekat salah satu railbike punya area, aku tanya Elya kenapa kita tak naik sini je die cakap die baca review view die tak lawa macam tempat kitaorang pergi. So up to you all, kalau nak save time and get all the experiences in all places, better korang dari pagi terus datang sini and habiskan masa guna Gapyeong City Tour Bus je. Sebab kitaorang tak pergi pon Petite France and Gardens tu sebab tak cukup masa, Petite France tutup by 7pm, so tak sempat tapi kitaorang tak eager pon nak pergi sana, boleh usha this blog jugak for reference;
Gapyeong City Tour Bus
Actually Nami Island memang macam semua orang pergi kan? Cantik tu cantiklah sebab pokok semua kan, and since aku pon pernah tengok cerita Winter Sonata so aku pergi lah tapi orang yang tak tengok pon dia pegi jugak sini haha tapi diorang takkan faham la kenapa ade port camni nape ade port camtu. Kalau pergi dengan couple, sini memang romantik la bagi aku. Aku selalu pikir Korea ni memang banyak sangat tempat untuk couple pergi haha sebab semua cantik romantik je. Tapi motif aku and Elya haruslah sebab makanan je hahah. Kitaorang nak try dosirak kat sini and dekat sini jugak ada Halal Authentic Food tapi kitaorang tak makan situ. Oh lupe nak cerita, kat sini siapa nak naik zipwire pon ada, aku nak gila gila gila actually tapi Elya tak nak, so aku fikir kalau aku naik sorang nanti nak jumpa Elya dekat mana once reach there? tapi actually tempat tu kecik je huwaa apesal la aku pikir camtu. So tips again, please do the zipwire, and kalau kawan korang tak nak, cakap "once aku sampai sana, aku jumpa kau depan ferry je, kau tunggu je depan ferry tu." Haha. And bungy jumping pon ada, itu pon aku nak gak haihhh semua benda nak, actually i bought extra money sebab nak buat this things tapi tak buat pon -_-'. Sebab dulu aku buat bungee dekat New Zealand tak cecah air punya, dia terjun and naik balik. Ni bungee yang kau terjun then boat ambik dari bawah, different kind which i should do that. haha.
tengah tunggu ferry
the bungee jump
i just really cant pose nicely -_-', bile nak berubah ni
Nanti bila sampai sini, korang akan nampak Asean Restaurant Halal, so kalau datang dengan parents ke family boleh la bawak diorang sini try makanan Korea, nasi goreng camtu ada gak kalau jenis tekak nak makanan melayu je, so datang sini aku suggest tak payah la bawak lunch pack bagai, insya allah makan settle. Dekat sini gak ada tempat solat and toilet berpaip haha, itu penting. Tapi as kalau korang jenis nak try more 'Korean food' yang selalu kite tengok dalam drama, korang boleh try dorisak, hot lunch box goncang. Kedai ni belakang je dari Asian Cuisine kadang kadang korang boleh termiss so tengok elok elok. Just to inform, kedai tu takdelah tulis Halal tapi the ingredient ialah nasi kosong, kimchi and telur sahaja. Kalau korang nak add on cheese and tuna pon boleh. So kitaorang memang aim makan sini, korang kena shake box tu kaw kaw bagi die blend in (dia provide sarung tangan sebab lunch box tu panas) then taraaa makan. Aku sukaaaa sebab dia ala ala macam kat Msia kita makan nasi bujang la, nasi telur kicap, tapi dorang tukar kimchi haha. Kadang2 lauk simple camni sedap kan! Btw ada satu lagi kedai halal kat area Nami Island ni, pon menarik gak tapi kena ambik taxi pergi situ nanti aku cerita dalam post foods nanti.
Halal Food here
surau tepi restaurant
cari sign board ni belakang Asean Cuisine tu, then nampak kedai dorisak
Kesungguhan goncang ini yang kita mahukan.
Bangga flag Msia ada kat situu..
Dalam whole day jugak lepak sana, so malam just jalan jalan kat Myeondong and makan odeng alas perut nak tidor je. Btw, Myeondong a bit pricey tau even kedai yang sama, let say aku nak beli character facial mask kat Nature Republic kat Myeongdong jual 30,000won tapi aku boleh dapatkan the same thing at same Nature Republic tapi dekat tempat lain dengan harga 10,000won, serius tak paham macam mana diorang punya pricing strategy -_-'. Tapi barang branded semua mostly kat sini lah, so must be a heaven place for shopaholic. Kat sini gak, kitaorang jumpa the only shop jual kosmetik dapat JAKIM punya Halal! JAKIM HOKEH JAKIM MALAYSIA TUU!!! Kau nampak tak betape bagusnya Business diorang, Korea kan famous dengan kosmestik so diorang decide to make it halal as their competitive strategy, weii sumpah aku kagum even kat Msia pon takde pon kosmestik halal, semua self proclaimed halal je. Kenapa la kita tak pernah nak fikir all those kind of opportunities eh? Hmmm kbai.
Myeondong street
makan odeng
Nah kawan2, aku beli souvenior korang semua halal dont worry;P
the first hokeh.
kat bekas pon nak taruk logo halal tu..
K, jumpa next post entah bila nak sambung ni haha.